Friday 29 July 2022

Homestay Bertam Kepala Batas Penang









http://www.wasap.my/601158298893/homestaybertam

Menyediakan perkhidmatan inap desa@homestay di Bertam Kepala Batas Penang

💵 RM 180/malam


💚 Muslim sahaja

Kemudahan

🚪 3 bilik.  2 bilik berhawa dingin.  Satu bilik berkipas angin.

🚿 Dua bilik air

❄️ Ruang tamu berhawa dingin. 

🚗 Tempat letak kenderaan untuk dua buah kereta. 

🧊 Peti sejuk 

📺 Televisyen

👩‍🍳 Dapur dan kelengkapan memasak (bahan asas memasak disediakan)

🫖 Cerek elektrik ( minuman 3 in 1 disediakan)

👚 Mesin basuh (serbuk cuci disediakan) 

👕 Seterika

🌧 Penapis air

🛏️ 1 Tilam single (tambahan)

🌳 1 Tilam kekabu (tambahan)

🎊 1 Toto

🧽 Bantal dan selimut tambahan

☘️Kawasan yang selesa kerana berhadapan dengan padang bola.

Wednesday 7 June 2017

Kencing Kotor, Kencing Kerap, Kencing Tak Lawas

Pengalaman aku sendiri yang pernah mengalami masalah ini.. Aku kena untuk yang banyak kali.. Ini adalah antara penemuan aku sepanjang berlaku kejadian ni pada aku...

Menurut doktor, puncanya ialah:
1. Kurang minum air masak
2. Tidak membasuh kemaluan selepas bersama dengan suami
3. Menggunakan panty liner yang herba-herba tu...
4. Makan makanan yang tinggi protein seperti susu kambing dll

Aku masuk KPJ, doktor buat CT scan dan floroscopy(masukkan camera kat salur kencing) doktor kata pundi kencing aku terlalu kotor...Dia mengesyaki punca aku kencing kerap dan kotor adalah daripada hubungan seks..doktor tanya berkali-kali kot2 aku bermadu..aku cakap x... Then doktor kata bila nak bersama dengan suami, pastikan suami dalam keadaan bersih..kosongkan pundi kencing sebelum bersama dengan suami...aku pun ikutlah...Jadi gak,,,

Ni penyelesaian yang cuba aku lakukan....Banyak...Ini antara yang aku ingat la...

1.Doktor telah menyarankan aku mengamalkan gaya hidup sihat.. Aku pun ikutlah..Tapi masih lagi terjadi perkara yang sama pada aku..

2. Aku pun p jumpa mak bidan.. Mak bidan kata, peranakan aku jatuh.. dia pun urut untuk naikkan peranakan aku..dan aku disuruh bertungku, mandi air daun, berpantang makan dan sebagainya...oklah dalam 2,3 hari..Lepas tu dia jadi balik!!! aku mula bosan.. Aku lupakan semua saranan bidan..

3. Minum jus cranberry..x sesuai jugak kat aku..

4. Minum luban dzakar yang pahit dan busuk tu..aku x baik lagi weiiii..

5. Minum air dukung anak, air lengkuas, air halia, dan macam-macam lagilah sampai aku pun x ingat.. x baik gak...dugaan ini terlalu hebat tuk aku..

 6..Aku makan shaklee, tak baik jugak...

7. Bertangas entah berapa kali dah..duk macam tu gak..

8. Urut refleksologi dah berpuluh kali dah...

8. Sekarang aku tengah pakai korset premium beautiful... pun sama gak...x baik jugak....

Kencing kerap yang aku alami ni dah nak masuk  4 bulan.... Aku dapati ia akan berlaku kalau aku x jaga makan.. Antara yang aku dapati x boleh makan ialah...

1. Sayur-sayuran yang sejuk seperti kacang buncis, taugeh dan banyak lagi lah..

2. Yang masam2 seperti limau nipis dan cuka

3. Sotong dan udang

4. Minuman berkafein seperti kopi dan teh

5. Makanan yang manis2

6. Yang pedas2

Doakan aku baik ye?? Saje aku kongsi pengalaman ini kot2 boleh membantu kawan-kawan yang lain.. Kadang-kadang mungkin kaedah rawatan tu x sesuai tuk aku, tapi sesuai tuk orang lain..kita usahalah..sembuh Allah yang berikan...amin..



Sunday 26 February 2017

URUTAN REFLEKSOLOGI

Cuma nak share urut refleksologi terbaik yang pernah aku dapat.. utk kawan2 yang ada masalah jantung, pari-paru, kencing kotor, sakit lutut dan mcm2 lagilah..boleh try urutan refleksologi ni.. terutama yang tinggal di seberang perai, pulau pinang, kulim, kedah dan mana-manalah.. mmg terbaik la bagi aku.. Moga cepat baik yea?




Friday 24 February 2017

Selamat Datang Sahabat....

Ha..ha...aku dah ada blog..mcm x pecaya je..senang je rupa2nya..huhu..kita try dulu post yang ni..jadik x?